Sabtu, 26 Februari 2011

KOPERASI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA


KOPERASI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA  adalah sebuah Koperasi berdaftar yang dibina berdasarkan 3 entiti yang kukuh daripada gabungan dan kombinasi kepakaran dalam pengurusan korporat, networking serta pembangunan perniagaan dan latihan mewujudkan sebuah badan organisasi serta empayar perniagaan yang utuh dan kukuh serta mampu menguasai era globalisasi. Matlamat Koperasi :-
a.   Kerja Koperasi ini adalah lebih kepada satu ibadah. Setiap langkah yang disusun untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
b.   Perniagaan berteraskan kebajikan yang membawa maksud setiap keuntungan Koperasi akan disalurkan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan mereka yang difikirkan perlu terutama bekas Anggota Tentera Malaysia serta balu-balu.
c.    Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota koperasi dan usahawan yang bersama dengan koperasi mengikut prinsip-prinsip yang telah dirancang.
d.   Tidak bermotifkan keuntungan semata-mata, lebih kepada mendidik mereka yang berminat untuk menjadi usahawan Berjaya.
e.   Memberi keuntungan yang fleksibel kepada usahawan yang bersama dengan Koperasi.
f.     Memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.
g.    Menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada Bumiputera, warga bekas tentera amnya.
PROJEK TERBARU :
Program Affiliate + Trading wiraniaga2u.com adalah program yang disedia dan diuruskan oleh KOPERASI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA. Platform ini diwujukan   untuk  membantu para usahawan untuk berjaya dalam perniagaan dan menjana pendapatan yang berterusan dengan konsep Koperasi bantu usahawan. Sesungguhnya "KEJAYAAN ANDA ADALAH INSPIRASI KAMI". Kami sudah bersedia menjadikan kejayaan anda satu kenyataan. Mulakan langkah anda bersama kami insyaallah disini bermulanya detik kejayaan perniagaan anda “LEBIH MUDAH, LEBIH PRAKTIKAL DAN LEBIH SAKSAMA”.
Pada tahun 2011 ini pihak Koperasi juga telah merancang menyediakan satu sistem pemasaran berkonsepkan affiliate + trading bagi memasarkan pelbagai produk. Zaman internet telah mengubah cara hidup kita dengan internet kita dapat mengubah “CARA PERNIAGAAN, CARA PEMBELIAN DAN CARA MENCARI PENDAPATAN” dengan itu wujudlah platform wiraniaga2u.com.
Bagi kemudahan ahli, wiraniaga2u.com telah menyediakan plan  yang pasti dapat membantu sesiapa sahaja untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ganjaran sistem mencari ahli dapat membawa anda ke puncak kejayaan walaupun bermula dengan modal yang kecil sahaja pada peringkat awal dan merialisasikan impian serta harapan para usahawan. Wujudnya platform wiraniaga2u.com juga adalah untuk mencapai kejayaan masa depan yang lebih cemerlang koperasi bersama para usahawan. 

Di atas  wawasan  konsep  perniagaan  “Mentor-Mentee”  bagi  memasarkan  produk Koperasi,  platform wiraniaga2u.com  telah  menyediakan  satu  gabungan  sistem  E-Dagang  tanpa  sempadan  bagi  mencapai impian  “KEBEBASAN KEWANGAN” dalam masa yang singkat.

Semoga  sokongan  dari   rakan usahawan  wiraniaga2u.com  akan   berjaya  membina kecemerlangan  dan dapat mencipta  satu  kejayaan  baru  dalam masyarakat Malaysia khususnya BUMIPUTERA. Moga “BUDAYA BEKERJASAMA MENCIPTA KEJAYAAN” dapat direalisasikan,  InsyaAllah wiraniaga2u.com  akan melahirkan para usahawan yang hebat serta mempunyai nilai peribadi yang tinggi.

1 ulasan:

  1. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    BalasPadam